Beach |
Garden |
Conversation ni berlaku antara bibik and aku. Tercetusnya convo ni sebab time tu kiteorg tgh tgk rancangan perkhwinan apa benda semua tuu kat tv. Dah lama dah, cuma sampai sekarang fresh lagi dalam ingatan;
Aku: Bik, nanti orang nak kahwin dgn orang kaya. Boleh laa kahwin 7 hari 7 malam
Aku: Hari pertama, nak dekat dewan.
Aku: Hari kedua, dekat pantai
Aku: Hari ketiga, dekat istana
Aku: Hari keempat, dekat hotel
Aku: Hari kelima, dekat oversea
Aku: Hari keenam, dekat taman
Aku: Hari ketujuh, nak dekat .....
Bibik: Hari ketujuh, kahwin dekat kubur!
Aku: Whaaaaaaaaaaat? Asal pulak?
Bibik: Yelaaa dia nak bayar kahwin kau semua tuuu
Aku: =______________=
Conversation ni berlaku antara aku, Ajim and Ayid iaitu adik-adik lelakiku. Time ni ada kat wedding saudara aku;
Aku: Nantikan, bila aku kahwin. Aku nak buat kat stadium
Ayid: Stadium? Bapak besar
Aku: Yelaaa, kawan aku kan ramai. Plus aku kan nak jadi President & CEO
Ayid: Yelaaaaa
Aku: Nanti stadium tuu 3 tingkat. Ada red carpet kat tengah-tengah. Bila aku masuk, aku bawak Lamborghini. Stop kat tengah-tengah stadium. Hebat tak?
Ajim: Kau niiii
Aku: Lepas tu, nanti ada sports car banyak-banyak. Aku buat mcm ala ala motorshow. Baru gempak!
Ajim: Yelaaaaaa
Lepas tu, kurang asam budak 2 org ni. Pergi bagi tahu mak aku terus! Sengal. Habis mak aku cakap aku mengarut.
Conversation ni berlaku antara aku dan si dia. Baru jee sebentar tadi;
Aku: Nanti I nak buat wedding ceremony dekat pantai. Boleh kan?
Dia: Boleh. Dekat puncak gunung pun boleh
Aku: Perli ke apa ni
Dia: Apa perli pulak. I meant that I will make it a wonderful day for us
Aku: Anyonyonyonyo
Dia: Anyenyenyenye
*Sebenarnya dia pun dah bosan dgn aku kalau duk memanjang ckp pasal wedding. Muahahahaha*
P/s: Apa-apa pun jodoh ditangan tuhan. Hiks
No comments:
Post a Comment