Thursday 4 October 2012

Typical Anis Sharina

Entah kenapa tetiba nak update pasal wedding. Mungkin aku tgh stress. Stress disebabkan apa yang dirancang sama ada menjadi atau tidak. Tapi apa yang pasti, imaginasi aku selalu ke arah wedding ceremony. Entah bila tiba waktunya. Classmates aku sendiri dah lali dgn perangai aku. Perangai yang selalu berangan pasal perkahwinan. Aku suka berangan part majlis jee. Sbb, Raja Sehari kan. Mestila happy gila. Lagi lagi kalau bersuamikan dgn jejaka yang handsome ala ala jejaka yang lengkap pakejnya. Dalam kotak imaginasi aku, aku nak wedding yang nampak mcm chill. Sebenarnya aku tak suka wedding kat hotel / dewan. Sebab, hotel & dewan ni diaorg konkrit. Tak ada fresh air. Nampak rimas. Nampak mcm duduk bawah tempurung. Maksud aku, aku lagi suka wedding yang outdoor. Yg kebiasaannya, org buat depan rumah yang ada khemah. Tp zaman moden ni, zaman semua org 'mampu' ni diaorg buat Garden/ Beach wedding. Ok 2 kategori ni memang pilihan hati aku.

beach wedding reception pictures
Beach
Garden
See? Ini yang aku masksudkan. Kalau tema Beach, dapat lah tetamu merasa angin sepoi-sepoi bahasa. Angin bayu laut menampar pipiku yang gebu ni lol Kalau theme Garden, fresh flowers! Mata pun tengok benda yang ringan jee. Tak ada lah serabut fikiran. Yang paling penting, korang nampak tak kerusi dalam dua-dua gambar ni? Sama kan? Yes, aku memang nak kerusi tu nanti. Tak nak dah kerusi lain. Kerusi ni nampak kemas and simple. Plus, ada seni yang tersendiri. Aku ni jenis yang, benda kecik pun amik kisah. Kerusi pun does a matter for me. Mungkin, mak aku sendiri didik aku,'benda yang kecik laa, org lain nampak'. Kalau dari segi theme colour, aku lebih suka warna Turqoise. Selain tu warna soft/ pastel colour. Tp guess what, mak aku pernah cakap theme colour utk wedding aku, warna Pink-Brown. Mungkin bagi korang warna dia pelik, tp trust me, warna dia sgt cantik! Aku dah tgk dah. Next year, InsyaAllah pakcik aku kahwin. Disebabkan aku ni muda lagi, mak aku suruh pakcik aku buat theme colour tuu. Muahaha mangsa keadaan!




Conversation ni berlaku antara bibik and aku. Tercetusnya convo ni sebab time tu kiteorg tgh tgk rancangan perkhwinan apa benda semua tuu kat tv. Dah lama dah, cuma sampai sekarang fresh lagi dalam ingatan;
Aku: Bik, nanti orang nak kahwin dgn orang kaya. Boleh laa kahwin 7 hari 7 malam
Aku: Hari pertama, nak dekat dewan. 
Aku: Hari kedua, dekat pantai
Aku: Hari ketiga, dekat istana
Aku: Hari keempat, dekat hotel
Aku: Hari kelima, dekat oversea
Aku: Hari keenam, dekat taman
Aku: Hari ketujuh, nak dekat .....
Bibik: Hari ketujuh, kahwin dekat kubur!
Aku: Whaaaaaaaaaaat? Asal pulak?
Bibik: Yelaaa dia nak bayar kahwin kau semua tuuu
Aku: =______________=

Conversation ni berlaku antara aku, Ajim and Ayid iaitu adik-adik lelakiku. Time ni ada kat wedding saudara  aku;
Aku: Nantikan, bila aku kahwin. Aku nak buat kat stadium
Ayid: Stadium? Bapak besar
Aku: Yelaaa, kawan aku kan ramai. Plus aku kan nak jadi President & CEO
Ayid: Yelaaaaa
Aku: Nanti stadium tuu 3 tingkat. Ada red carpet kat tengah-tengah. Bila aku masuk, aku bawak Lamborghini. Stop kat tengah-tengah stadium. Hebat tak?
Ajim: Kau niiii
Aku: Lepas tu, nanti ada sports car banyak-banyak. Aku buat mcm ala ala motorshow. Baru gempak!
Ajim: Yelaaaaaa
Lepas tu, kurang asam budak 2 org ni. Pergi bagi tahu mak aku terus! Sengal. Habis mak aku cakap aku mengarut.

Conversation ni berlaku antara aku dan si dia. Baru jee sebentar tadi;
Aku: Nanti I nak buat wedding ceremony dekat pantai. Boleh kan?
Dia: Boleh. Dekat puncak gunung pun boleh
Aku: Perli ke apa ni
Dia: Apa perli pulak. I meant that I will make it a wonderful day for us
Aku: Anyonyonyonyo
Dia: Anyenyenyenye
*Sebenarnya dia pun dah bosan dgn aku kalau duk memanjang ckp pasal wedding. Muahahahaha*

P/s: Apa-apa pun jodoh ditangan tuhan. Hiks

No comments:

Post a Comment